Yaqub Ibn Ishaq, Al-Kindi lebih dikenali di barat
sebagai Alkindus. Beliau terkenal sebagai seorang ”ahli falsafah Arab”
pada zaman pertengahan. Cardano telah mempertimbangkan Al-Kindi sebagai
salah seorang daripada 12 cendiakiawan dalam zaman pertengahan. Beliau
adalah antara kumpulan kecil saintis Islam yang telah banyak membuat
sumbangan awal dalam pelbagai bidang. Al-Kindi adalah seorang ahli
falsafah, ahli astronomi, tabib, ahli matematik, ahli fizik dan ahli
geografi. Beliau juga mahir dalam bidang muzik.
Yaqub Ibn Ishaq al-Kindi telah dilahirkan di Kufa
pada 800 SM. Ayah beliau bekerja untuk Khalifah Haroon al-Rashid.
Al-Kindi menghabiskan masa yang panjang dalam karier beliau di Baghdad
dan beliau juga sezaman dengan al-Mutakwakkil, al-Mamun dan al-Mu'tasim.
Beliau meninggal dunia pada 873 SM semasa pemerintahan al-Mu'utamid.
Al-Kindi merupakan tabib pertama yang telah menetukan secara sistematik
dos untuk kebanyakan ubat. Beliau telah bersungguh-sungguh membantu
dalam membangunkan piawai dos yang sesuai (peraturan) untuk pesakit. Di
dalam bidang kimia pula, Al-Kindi telah mempertikaikan bahawa logam asas
tidak boleh ditukarkan kepada logam yang berharga dan tindakbalas
kimianya tidak aakn menghasilkan perubahan elemen asas. Beliau telah
membuat sumbagan yang penting dalam sistem angka Arab. Tambahan pula
beliau juga menyumbang dalam geometri sfera sementara membantu
al-Khwarizmi dalam mempelajari ilmu astronomi. Karya-karya asal al-Kindi
telah menghasilkan satu tapak untuk matematik moden. Beliau telah
membuat sumbangan awal dalam bidang geometri optik, bidang khas dalam
fizik dan menulis buku untuk itu. Selepas beberapa kurun kemudian,
karya-karya Al-Kindi telah dikagumi oleh Roger Bacon.
Al-kindi telah telah membuat kajian saintifik dalam
aspek muzikal. Beliau meletakkan pelbagai nota yang menghasilkan
keharmonian nada suara yang unik, dan darjah keharmonian pula bergantung
kepada frekuensi nota tersebut. Lebih dari itu, beliau telah mencipta
satu kaedah dalam mengenalpasti nada suara. Al-Kindi menetapkan bahawa
apabila bunyi dihasilkan, maka gelombang di udara akan terhasil, yang
telah memukul gegendang telinga.
Al-Kindi telah menulis lebih dari 240 buah buku. Di
antara buku-buku tersebut, 16 antaranya adalah buku tentang astronomi,
22 buah masing-masing dalam bidang ubatan dan falsafah, 12 buah buku
dalam bidang fizik, 32 buah buku dalam bidang geometri, 11 buah buku
dalam bidang aritmetik, 9 buah buku tentang logik, 4 buah buku tentang
sistem bernombor, 7 buah buku berkaitan muzik dan 5 buah buku berkenaan
psikologi. Selain itu, beliau juga telah menulis karangan berkaitan
alatan bibang astronomi, pasang-surut (air laut), batu-batan dan batu
yang berharga.
Gerard dari Cremona telah menterjemahkan kebanyakkan
buku-buku beliau dalam bahasa Latin. Buku-buku tersebut termasuklah
ikhtiyarat al-Ayyam,al-Mosiqa, Risalah dar Tanjim, Ilahyat-e-Aristu,
Mad-o-Jazr dan Adviyah Murakkaba.
Al-Kindi telah mempengaruhi pembangunan dalam bidang
fizik, matematik, ubatan, falsafah dan muzik dan kekal untuk beberapa
kurun lamanya.
sumbangan terbesar Al-Kindi dalam bidang perubatan ialah menentukan piawaian dos untuk ubat bagi seseorang pesakit. sementara itu dalam bidang kimia pula beliau mempertikaian logam asas tidak boleh ditukarkan dengan logam brharga kerana ia tidak akan menghasilkan tindakbalas elemen asas.dalam bidang astronomi beliau ada menyumbang didalam bidang gometri sfera.selain itu Al-Kini juga ada mengkaji tentang muzik, nada suara dan gelombang yang boleh dihasilkan untuk menyentuh gegendang telinga.justeru Al-Kindi telah berjaya mnghasilkan buku sebanyak 240 buah yang menrangkumi beberapa buah bidang iaitu astronomi,perubatan,muzik, matematik dan geometri.
ReplyDelete