1. Penguasaan umat islam dalam bidang sains dan teknologi
· Wujudnya bidang ini berikutan dari kemunculan para cendikiawan dan saintis muslim yang terkemuka
·
Kota-kota yang menjadi pusat keilmuan seperti Andalus dan kota Sicily
di Itali berada dalam kekuasaan umat Islam pada ketika itu
· Umat Islam berjaya menguasai ilmu sains dan teknologi daripada tangan orang rom, parsi dan yunani
2. Faktor perkembangan sains dan teknologi pada zaman abbasiyah
· Aktiviti penterjemahan
- Aktiviti ini lebih giat dijalankan pada zaman abbasiyah berbanding pada zaman umaiyah
- Aktiiti ini dibawah pengawasan khalifah al-makmun dijalankan dengan lebih terancang
- Wujud baitul hikmah yang telah dijadikan pusat penterjemahan negara pada ketika itu
-
Pelbagai jenis karya telah diterjemahkan seperti karya-karya falsah,
astronomi, kimia, fizik, biologi dan perubatan dari bahasa yunani, parsi
dan hindi ke bahasa arab
· Galakan daripada para khalifah. Para khalifah telah mengadakan pelbagai program :
- Mengadakan seminar perubatan yang dihadiri oleh pakar-pakar perubatan seluruh dunia pada setiap musim haji
- Menyediakan peruntukan yang banyak dalam penyelidikan sains dan teknologi.
-
Membina pusat penyeledikan sains seperti balai cerap yang dilengkapi
dengan peralatan khusus untuk membantu penyelidikan dalam bidang
astronomi
· Golbalisasi ilmu
- Aktiviti perdagangan yang meluas
serta pembukaan tempat-tempat strategik seperti Sicily dan Andalus telah
membuka peluang kepada umat islam mengembangkan ilmu pengetahuan
3. Kesan penemuan sains dan teknologi pada zaman abbasiyah
· Memajukan taraf hidup berbanding umat lain yang telah lama menguasai ilmu sains dan teknologi
· Umat islam kini berasa bangga dengan pencapaian umat islam dahulu
·
Islam disegani oleh penganut agama lain kerana kemampuan umatnya serta
saranan agama islam yang menggalakkan umatnya menuntut perlbagai ilmu
berteraskan kepada syariat yang terdapat dalam al-quran dan hadis
Pada zaman Abbasiyyah umat Islam dapat menguasai ilmu sains dan teknologi serba sedikit daripada Rom,Yunani dan Parsi.bidang ini muncul dengan terlahirnya cendiakiawan dalam bidang tersebut yang berpusat di Andalus dan Sicily.antara faktor yang membawa kepada perkembangan ilmu ini ialah aktiviti penterjemahan,seminar-seminar perubatan, dan perlaksaan program astronomi seperti pembukaan balai cerap yang lengkap dengan peralatan untuk penyelidikan astronomi.justeru antara kesan penemuan ilmu ini pada zaman Abbasiyah ialah kemajuan yang tiada bandingan bagi kerajaan tersebut dengan kerajaan lain pada ketika itu yang paling kehadapan dalam semua aspek.
ReplyDelete