Tuesday, 2 October 2012

Astronomi purba...


  • Stoneage ini adalah sebuah monumen purba pertama yang telah dikenal pasti oleh pakar astronomi. Sesetengah pihak berpendapat bahawa monumen ini telah dibina dan dibina semula oleh tiga budaya yang berlainan sekitar 3, 000 hingga 5, 000 tahun yang lepas. Tiada maklumat yang tepat diperolehi tentang kegunaannya sehingga kini. Ada yang berpendapat ia adalah monumen simbolik untuk pergerakan matahari terbit pada pada musim panas dan musim sejuk, fungsi terbit dan terbenamnya bulan dan lain-lain lagi. Stoneage juga dikatakan sebagai alat untuk meramalkan keadaan gerhana bulan.
  • Stoneage South ini sebuah kawasan bulatan batu misteri yang telah ditemui di Nabta, Mesir. Ia dipercayai berusia 7, 000 tahun dan merupakan sebuah balai cerap astronomi purba. Seperti Stoneage di England, ia juga dikatakan sebagai alat simbolik untuk mengukur matahari terbit dan terbenam ada pertengahan musim panas. Laman ini dipercayai sudah lama ditinggalkan, sebelum kebangkitan Kerajaan Lama Mesir lagi.  Mungkinkah orang Mesir purba memperolehi ilmu astronomi ini dari tamadun yang lebih lama di Sahara?
  • Disebabkan terlalu banyak persoalan yang timbul bila penemuan-penemuan purba ini diperolehi, ruang luas telah terbuka terhadap banyak spekulasi. Manusia zaman baru mempercayai Piramid Mesir merupakan mesin masa, merupakan pangkalan kegiatan UFO ataupun pintu gerbang masa dari dimensi dunia yang lain. Bagi puak kaum Maya, mereka sendiri telah mencipta sistem kalendar mereka sendiri dengan menggunakan peristiwa-peristiwa yang mengaitkan dengan astronomi untuk menetapkan sesebuah tarikh yang paling sesuai bagi upacara-upacara misteri mereka.

1 comment:

  1. Disini terdapat beberapa gambar yang boleh saya berkongsi dengan anda semua. gambar-gambar ini ada hubungkait dengan bidang astronomi pada zaman mesir purba.terdapat monumen yang boleh menjadi balai cerap, sebagai tempat untuk meramalkan gerhana bulan. selain itu terdapat juga monumen yang di jadikan alat simbolik untuk mengukur terbit dan tenggelamnya matahari. gambar yang terakhir pula di katakan oleh generasi baru mesir ia adalah pusat mesin masa dan pangkalan kegiatan UFO. selain itu ia juga menjadi tempat untuk mereka menetapkan tarikh tertentu untuk upacara yang mereka ingin lakukan.

    ReplyDelete